Senin, 15 Desember 2014

Abu Ayyub al-Ansari R.A.

Semasa hidup Abu Ayyub al Ansari r.a. sahabat Rasulullah s.a.w ini adalah seorang yg taat pada perintah Allah. Beliau yg menjadikan rumah nya sebagai tempat Rasulullah s.a.w berteduh
dan sangat termotivasi setelah mendengar sabda Rasulullah s.a.w mengenai 
pembebasan kota konstantinopel 


Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya 
Khalid bin Zaid bin Kulaib 
berasal dari keturunan Bani An-Najjar. Beliau dikenal pada peristiwa hijrahnya Rasulullah ketika mendapat kehormatan dari Baginda Rasulullah SAW untuk mendiami rumah beliau ketika Baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Pada masa Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, setiap orang di kalangan kaum Ansar bercita-cita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai  tamu kehormatan dan sangat mengharapkan agar Rasulullah SAW dapat turun dari untanya lalu berhenti di rumah mereka. 
Malah ada  di antara mereka mencoba menghalang perjalanan unta baginda agar unta tersebut berhenti di depan rumah mereka. Lalu kemudiannya baginda bersabda;

''Biarkanlah ia berjalan sebab ia telah diperintahkan.''
Lalu unta tersebut terus bejalan sehingga sampai di depan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. Lantas unta tersebut tiba-tiba berhenti dan tidak mau berjalan lagi.

Abu Ayyub al-Ansari RA sangat gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau menemui Rasulullah SAW, 
menyambut kedatangan baginda dengan perasaan sangat gembira dan terharu tak terhingga sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW seolah-olah beliau membawa barang miliknya sendiri yang sangat berharga. Kemudian beliau mempersilahkan Rasulullah SAW masuk ke rumahnya.
Rasulullah SAWmenetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari RA selama kurang lebih tujuh bulan sampai mesjid baginda dibangun yang dilengkapi dengan kamar-kamar di sekeliling masjid hingga kemudiannya baginda pindah ke sana.

Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menfkahkan keluarganya.

Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau mengikuti kesemua peperangan yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Begitupula dengan peperangan yang terjadi pada zaman pembukaan kawasan Islamzaman Kerajaan
Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda;

''Konstantinopel (Istanbul) akan jatuh ke tangan pasukan Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, pasukannya adalah sebaik-baik pasukan...''

Demi mendengarkan sabda Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari RA begitu yakin dan percaya, bahwa suatu hari nanti, kota Kostantinopel akan jatuh ke tangan umat Islam.Sejak itu semua umat Islam  berluoba-lomba untuk membebaskan kota itu.

Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, pernah mencoba menyerang kota Costantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Ketika itu Abu Ayyub al-Ansari RA telah berusia 80 tahun. 
Namun beliau tetap pergi bersama-sama dengan pasukan Khalifah Muawiyah mengikuti armada lautnya

Dalam pelayaran tersebut Abu Ayyub al-Ansari RA jatuh sakit. 
Lalu panglima perang masa itu segera menemuinya dan bertanya, ''Wahai Abu Ayyub! Adakah permintaan yang ingin  engkau sampaikan?'' Ternyata Abu Ayyub al-Ansari RA meminta kepada panglima tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia, usunglah jasad beliau dan agar dikebumikan di bumi Kostantinopel, 
Hingga kemudian Abu Ayyub al-Ansari RA benar meninggal dunia dan dikisahkan pasukan Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit. hingga akhirnya mereka berhasil sampai ke perbatasan wilayah Kostantinopel dengan tetap mengusung jenazah Abu Ayyub al-Ansari RA. mengebumikan jenazah yang mulia tersebut di bagian wilayah kerajaan Konstantinopel.


Makam Abu Ayyub al-Ansari

Keinginan Abu Ayyub al-Ansari RA dikebumikan di situ, tidak lain hanyalah ingin mendengar derapan kaki pasukan Islam yang akan menaklukkan kota Kostantinopel. Derap kaki sebaik-baik pasukan, dan sebaik-baik sultan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
*****

Tidak ada komentar:

Posting Komentar